Wednesday

Puding Roti Karamel

Puding Roti Karamel
Bahan-bahan

 
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Bahan-Bahan Karamel
4 sudu gula
2 sudu air

Cara-cara
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Masak gula dan air menggunakan kaedah double boiled sampai gula larut dan likat.
  6. Kemudian tuangkan ke atas puding roti yang siap dikukus.
  7. Selepas itu, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


                                   Selamat menjamu selera..yummi..memang sedap menjilat jari!!

No comments:

Post a Comment